Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

About-me

ISLAM ITU INDAH ISLAM ITU NUR ISLAM ITU SYUMUL

Featured-Content

Blogroll

Subscribe to Feed


About

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah kita masih lagi diberi kerahmatan dan keberkatan dalam manjalani kehidupan seharian. Blog ini diwujudkan untuk kita sama-sama melihat dan merenungkan sedalam yang mungkin bahawa Agama Islam yang diturunkan Allah dan dibawa serta diperjuangkan oleh Rasulullah S.A.W adalah agama yang sangat indah. Islam adalah diantara agama samawi yang diturunkan oleh Allah selain agama yang pernah dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Rasulullah telah membuktikan bahawa Agama Islam adalah agama yang ringkas, yang merangkumi semua aspek duniawi dan ukhrawi (syumul), serta agama yang yakin dijamin syurga.
Telah dinyatakan dalam Al-Quran :


Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ’Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri."
 Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.